Tika Mata
Berdiri aku berdiri
terus melangkahkan kaki
biar jutaan onak duri
merentasi langkah jihad ini
diri ini mengerti
hidup bukanlah seperti titisan madu
memercik di setiap penjuru
namun bukan jua seperti hempedu
memalit rasa sukar dipadu
bisakah dimengertikan
hidup ini umpama bianglala...
pelangi..
bukan kerana indahnya pelangi itu
tetapi pada siratan makna
di sebalik setiap jaluran yang merona padanya....
itulah kehidupan...
kadang terasa kelam umpama indigo
kadang terasa suka umpama jingga
kadang jua terasa tenteram umpama hijau...
jua merasa yang lainnya tika pada masanya...
tika mata
tertutup daripada melihat kehidupan..
bangkitlah dari hanyut dek ilusi
menipu hati ini
tiada bererti.....
Raehan QA
230707
11:16 PM