Mutiara untuk PelayaranKalimah hasilan mutiara
adalah jalinan aksara hikmah
dalam hitam putih masa
tarekat dalam gelap kembara
menitip pengharapan cahaya
tika menyatu khittah ke hadapan
kerana kalimah hikmah mutiara
disulam penuh kebijaksanaan
disusup ketulusan terdalam
kerana bisa hati manusia
merasa pengertian hakikat
walau dalam saat kehilangan .
Intihanya hasilan mutiara
satu perhubungan telus
dari qalbu ke qalbu
sebagai wejangan, pedoman
menentang prahara mendatang
untuk pelayaran kehidupan
nan berbatasan
untuk keredhaan Tuhan
tiada bertepian.
Destinasi pelayaran ini
menjunjung kesaksian sejati.
Raehan 100508