Contengan Kerana Khilaf
Contengan Kerana Khilaf
Dalam nuansa yang teukir
pada hati yang mulus
mudah diterobosi
segala rasa
ada pada hamparan
contengan kerana khilaf
sukar yang dimudahkan.
Aku adalah yang sedang cuba mengerti
kerana hakikat
adalah untuk kurungkai ertinya
lalu untaikan pada denai
yang bakal kulalui.
Khilafku
bukan untuk kukuburi
dalam lubuk kebencian terdalam
bukan untuk kubentang
di laluan kenangan
bergentayangan dalam hati sendiri.
Adapun
khilaf itu mengajar
dan aku yang belajar
daripada khilafku sendiri
dengan qalbu memahami
kerana segalanya dan semua
tak mungkin kan terlukis
seperti yang cuba aku lakarkan
di persada ujana qalbuku.
raehan
200308
Dalam nuansa yang teukir
pada hati yang mulus
mudah diterobosi
segala rasa
ada pada hamparan
contengan kerana khilaf
sukar yang dimudahkan.
Aku adalah yang sedang cuba mengerti
kerana hakikat
adalah untuk kurungkai ertinya
lalu untaikan pada denai
yang bakal kulalui.
Khilafku
bukan untuk kukuburi
dalam lubuk kebencian terdalam
bukan untuk kubentang
di laluan kenangan
bergentayangan dalam hati sendiri.
Adapun
khilaf itu mengajar
dan aku yang belajar
daripada khilafku sendiri
dengan qalbu memahami
kerana segalanya dan semua
tak mungkin kan terlukis
seperti yang cuba aku lakarkan
di persada ujana qalbuku.
raehan
200308